Assalamualaikum WBT...
Salam Maulidur Rasul...
12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 tarikh keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW, utusan Allah SWT yang terakhir. Seperti yang kita tahu, baginda mempunyai sifat-sifat peribadi yang sangat terpuji, hidup bersederhana, penyayang dan sebagainya...
Entri kali ini aku ingin berkongsi isi khutbah baginda Nabi Muhammad SAW yang terakhir sebelum baginda wafat pada 9 Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.


